• Syaziyah Md Sharif

Lelaki Maut Dipatuk Ular Tedung Peliharaannya Sendiri

Ular tedung itu mematuk tuannya ketika dia sedang memandikannya

Gambar Hiasan

Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipatuk oleh seekor ular tedung peliharaannya sendiri. Lelaki yang dikenali sebagai Anggun Prabowo dari Jogjakarta memelihara ular tedung tersebut dan dia biasanya akan memandikan haiwan berbisa itu pada setiap petang.


Menurut laporan suara.com, aktiviti hariannya bersama haiwan itu memakan dirinya apabila Anggun menjadi mangsa korban akibat dipatuk ular itu peliharaan sendiri.


Menurut maklumat yang diterima pihak Klinik Kesihatan Samigaluh 1, sekitar pukul 4 petang Selasa lalu, mangsa sedang memandikan ular peliharannya.


Ia bagaimanapun tiba-tiba menggigit tangan kiri mangsa. Mangsa kemudian sempat mandi sebelum datang sendiri ke Klinik Kesihatan Samigaluh 1 untuk diperiksa sekitar pukul 4.30 petang waktu tempatan.


Pihak klinik kesihatan itu kemudian melakukan ujian kulit sebelum mangsa muntah, mulutnya berbuih dan badannya kekejangan.


Pada pukul 4.48 petang waktu tempatan, mangsa disahkan meninggal dunia.



Sumber: suara.com

4 views0 comments