• Jonathan Shiek

Lelaki Maut Dalam Nahas Kereta Dan Terbabas Merempuh Pokok

Kejadian yang berlaku di Johor Bahru, seorang lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan akibat merempuh sebatang pokok di taman Impian pada Ahad lalu. Kejadian yang berlaku pada 4.56 petang, Yap Whye Xin, 28 tahun yang memandu kereta Kia Forte dimana telah merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan kereta tersebut melekat pada pangkal pongkol dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum pihak bomba untuk mengeluarkan mangsa tersebut.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai serta BBP Larkin dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT). Turut serta, Unit Bantuan Perkhimatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian. 

Pihak Bomba terpaksa mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas Road Traffic Accident (RTA). Menurut Komander Operasi, Penguasaan Bomba Kanan II, Suraini Adenan berkata,”mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira 30 minit dan telah disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan yang hadir. Kemudian, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments