• Jonathan Shiek

Lelaki Masukkan Belut Dalam Alat Sulit Untuk Ubati Sembelit

Seorang lelaki di Xianghua, wilayah Jiangsu telah memasukkan seekor belut berukuran 20 sentimeter ke dalam alat sulitnya bagi mengubati masalah sembelit yang dia alami. Perbuatan lelaki tersebut dipercayai untuk perubatan tradisional yang kononya belut mampu boleh melegakan masalah sembelit sekiranya dimasukkan ke dalam alat sulit.

Bagaimanapun, nasib tak menyebelahinya mangsa bertarung nyawa dan mengalami kesakitan yang serius apabila belut berenang ke bahagian abdomennya dan mula menggigit usus di bahagian dalam. Mangsa menahan sakit selama 24 jam sebelum ke hospital kerana terlalu malu untuk mengakui tindakannya kepada doktor.

Doktor menjalankan pembedahan ke atas mangsa dan memberitahu dia hampir mati kerana bakteria yang dibawa oleh belut di usus besar boleh menyebabkan hemolisis ketika sampai ke rongga perut. Perkara seperti ini, bukanlah sesuatu yang baru lagi di kalangan penduduk di China. Ini kerana penduduk di China mudah mempercayai perubatan tradisional seperti ini.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments