• Jonathan Shiek

Lelaki Malaysia Cuba Menyeludup Dadah Perangsang Dalam Patung ‘Snow White’

Kejadian yang berlaku di Tokyo, Jepun terdapat seorang lelaki berwarganegara Malaysia dan bersama dua orang anaknya didakwa atas menyeludup dadah perangsang di dalam patung seramik “Snow White and The Seven Dwarfs,” dilaporkan TBS news.

Menurut dari polis cawangan Tokyo Metropolitan, suspek Wong Siewmin, 53 tahun iaitu penduduk di bandar Ichikawa, wilayah Chiba. Manakala, dua orang anak perempuannya merupakan ahli penyeludupan dadah perangsang ini. Ia telah ditahan pada 6 Februari lalu, dimana pihak Kastam menjumpai 10 patung seramik yang sangat terkenal melalui filem tersebut, telah ditahan di Lapangan Terbang Narita.  

Sumber : TBS News

Pihak Kastam Jepun menjumpai dadah perangsang seberat 2 kilogram yang disembunyikan dalam anak patung berkenaan, sebelum diganti dengan bahan lain. Pihak polis berjaya menangkap anak perempuannya Chinatsu Ebisawa, 36 tahun dan anak perempuan keduanya berusia 18 tahun.

Pihak polis juga menjumpai 10 seramik berbentuk epal yang mengandungi dadah perangsang seberat 4 kilogram. Wong memberitahu pada polis yang dia menerima 2.4 juta yen ,“setelah mendapat arahan daripada seorang kenalan, saya akan menerima pembayaran tersebut,” katanya yang mengaku atas pertuduhan tersebut.

Manakala, kedua-dua anak perempuannya menafikan tuduhan berkenaan, kerana tak mengetahui di dalam anak patung tersebut mempunyai kandungan dadah, kata pihak polis.

Sumber artikel asal dari Tokyo Reporter

0 views0 comments