• shafika9

Lelaki Solat Di Tengah Jalan Rupanya Kurang Siuman, Nasib Ada Abang Polis Jaga

Tindakan abang polis trafik dipuji oleh orang ramai

Kredit foto: Siakap Keli


Tindakan seorang lelaki yang mula melaungkan azan dan solat di tengah jalan menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Ipoh berhampiran sebuah stesen minyak di Taman City di sini. Kejadian tersebut berlaku pada 3.35 petang semalam, ia turut dirakam oleh pengguna jalan raya sebelum video berkenaan menjadi tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifuddin Mohd Salleh berkata, anggota yang membuat rondaan menerima maklumat berkaitan kesesakan lalu lintas berlaku di Jalan Ipoh sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.


“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki yang berdiri di tengah jalan sambil melaungkan azan dan bersolat. Anggota polis kemudiannya memujuk lelaki itu dan membawanya ke stesen minyak berhampiran untuk menenangkannya,” katanya. Pemeriksaaan dibuat terhadap lelaki berkenaan, didapati lelaki tersebut memakai gelang putih menyerupai gelang hospital.


Menurutnya, mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit adalah pesakit psikiatri yang melarikan diri dari Hospital Selayang. Anggota polis kemudian menghubungi pihak hospital sebelum lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.


Sumber artikel asal dari Harian Metro



11 views0 comments