• shafika9

Lelaki Kahwin Dengan Periuk Nasi, Akhirnya Bercerai Selepas Empat Hari

Berkemungkinan wanita pun dah makin pupus agaknya sampai berkahwin dengan barang

Kredit foto: Wion


Seorang lelaki di Jakarta, Indonesia yang tular baru-baru ini kerana tindakannya yang mengahwini sebuah periuk nasi akhirnya bercerai dengan isterinya itu selepas empat hari. Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, lelaki bernama Khoirul Anam itu berkata ikatan perkahwinan yang dibina itu ternyata tidak bertahan lama selepas dia memilih untuk menceraikan isterinya tersebut.


Menurut dari Khoirul, dia menceraikan isterinya itu kerana si ‘isteri’ hanya mampu memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain. Khoirul pada 20 September lalu membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan periuk nasi dan memberitahu dia memilih perkakas itu kerana ia berwarna putih, senyap dan bijak memasak nasi. Semoga Khoirul dapat menjumpai jodoh yang baik di luar sana.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


11 views0 comments