• Jonathan Shiek

Lelaki Jepun Setia Untuk Mencari Isterinya Yang Hilang Semasa Tsunami 2011

Kejadian tsunami pada tahun 2011 telah menjadi titik hitam buat negara Jepun. Hampir 20,000 orang mati dan juga hilang dalam bencana terbesar ini. Juga kehilangan kediaman mereka dan lebih 100,000 orang terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Tapi tak pula pada seorang lelaki ini bernama Yasuo Takamatsu yang berusia 64 tahun dan masih setia untuk mencari isterinya Yuko yang telah hilang semasa kejadian tsunami tersebut. Walaupun, bencana ini telah sepuluh sudah berlalu, tapi ia tak mematah sedikit pun semangat Takamatsu untuk kekal mencari isterinya. 

Sumber: BBC News

Takamatsu kini sudah memperoleh lesen menyelam khas bagi tujuan untuk mencari isterinya yang hilang. Sudah tujuh tahun berlalu, Takamatsu telah menyelam sebanyak 470 kali yang mana aktiviti berkenaan dilakukan setiap minggu. Katanya,“saya akan terus menyelam, demi untuk menjumpainya. Saya yakin dia ada berdekatan di sini”.

Selain dari itu, Takamatsu turut terlibat pencarian bersama dengan pihak berkuasa bagi pencarian dibawah air di mana terdapat 2,500 mayat yang ditemui di wilayah berkenaan. Dia menjumpai pelbagai artifak, album, pakaian dan pelbagai lagi, tetapi tiada satu yang milik isterinya.

Sumber: BBC News

Apa-apa pun kita mendoakan terbaik buat Takamatsu untuk terus cekal mencari isterinya yang hilang sehingga dijumpai. Jarang kita melihat seorang lelaki yang sangat setia demi isterinya yang tercinta, semoga segala urusan Takamatsu dipermudahkan.

Sumber artikel asal dari BBC News

0 views0 comments