• Jonathan Shiek

Lelaki Jepun Menipu 35 Wanita Demi Mendapatkan Hadiah Hari Jadi

Pernah ke korang mendengar kisah lelaki bercinta dengan ramai wanita secara serentak demi untuk mendapatkan hadiah hari jadi semata-mata ? Ya, perkara ini betul-betul berlaku di Osaka, Jepun apabila taktik seorang lelaki berkenaan terbongkar apabila ditangkap kerana menipu.

Takashi Miyagawa, 39 tahun yang hanya berpura-pura untuk menjalinkan hubungan serius dengan kesemua mangsa dan memberitahu tarikh lahir yang berbeza kepada setiap wanita berkenaan. 

Miyagawa turut dituduh menipu kesemua wanita berkenaan. Mereka mengalami kerugian sebanyak 100,000 yen ( RM 3,809.7) merangkumi perbelajaan hadiah hari lahir, pakaian serta wang tunai.

Dia juga turut menyasarkan wanita bujang dan memulakan hubungan serius dan berjanji untuk mengahwini mereka. Bagaimanapun, rancangan licik ini terbongkar apabila kesemua wanita yang pernah menjadi mangsanya berpakat untuk lapor kepada polis pada Februari lalu. Kini siasatan polis terhadap kes berkenaan masih diteruskan.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments