• shafika9

Lelaki Ini Tunggang Basikal Atas Bilah Turbin Angin

Macam mana dia bawa basikal ke atas tu ? tak jatuh pula

Kredit foto: The National


Seorang pelumba basikal aksi lagak ngeri dilaporkan menunggang di atas sebilah turbin angin sepanjang 70.10 meter dalam usaha bagi meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim. Penunggang basikal Danny MacAskill, 35 tahun dari Dungevan di isle of Skye secara berani melakukan aksi dengan berbasikal di sepanjang bilah turbin yang tinggi di Alveston Wind Park di Gloucestershire.


Aksi tersebut dilakukan menjelang Persidangan Perubahan iklim COP26 yang akan berlangsung di Glasgow, dari 1 hingga 12 November depan. MacAskill menyahut cabaran itu dan menunjukkan sebahagian besar bekalan tenaga elektrik berasal daripada sumber boleh diperbaharui.


Selepas berjaya melakukan aksi tersebut, MacAskill berdiri di bilah turbin angin dan mengangkat basikal ke atasnya. “Saya berlakon dalam filem ini untuk COP26 dan menyertai betapa pentingnya tenaga boleh diperbaharui. Saya berasa gembira mengetahui tenaga boleh diperbaharui meningkat dan keseimbangan juga berubah. Semoga planet ini akan semakin pulih,” katanya.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


0 views0 comments