• Syaziyah Md Sharif

Lelaki Ini Tenangkan Kawan Yang Sedang 'Broken' Ditinggal Kekasih

"Dia baru kerja sebulan..."

Percintaan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan kesabaran dan keikhlasan yang sepenuhnya.


Baru-baru ini tular perkongsian sebuah video di laman sosial TikTok oleh @/muhammadhziq_ dimana dia berkongsi mengenai rakan lelakinya yang bersedih selepas ditinggalkan oleh kekasih hati.


Menurut @/muhammadhziq_ , difahamkan bekas teman wanitanya itu meminta untuk memutuskan perhubungan atas alasan lelaki tersebut sudah tiada masa bagi memberikan perhatian.




Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan dia cuba untuk memujuk dan memberikan kata-kata motivasi kepada rakannya itu yang menangis selepas menunaikan solat akibat terlalu kecewa.


“Baru kerja tak sampai sebulan, kena tinggal dengan partner sebab takde masa & attention. Lepas solat terus menangis. Stay strong bro!,” tulisnya dalam video tersebut.

Sehingga hari ini, video tersebut mendapat lebih 440K tontonan dan lebih 60K tanda suka. Rata-rata netizen juga memberikan kata semangat kepada lelaki itu, ada juga yang berkata akan ada seseorang yang terbaik untuk dirinya.




11 views0 comments