• Syaziyah Md Sharif

Lelaki Ini Palsukan Kematian Kerana Mengelak Untuk Dipenjarakan

Dia sanggup membunuh orang lain hanya untuk menyelamatkan diri

Kredit Foto: NDTV

Seorang lelaki yang dipenjarakan dalam kes pembunuhan anak perempuannya yang berusia 13 tahun didakwa melakukan satu lagi pembunuhan dan cuba 'menyerahkan' mayat itu sebagai dirinya, semata-mata kerana tiddak mahu kembali ke penjara selepas parol tamat.


Semuanya bermula pada 20 November apabila polis menemui mayat di kawasan Loni di Ghaziabad dengan muka melecur teruk. Semasa menggeledah pakaian pada mayat, kad Aadhaar Sudesh ditemui. Apabila polis menghubungi isterinya, dia mengenal pasti mayat itu sebagai milik Sudesh.


Mereka mengesyaki wanita itu menipu dan polis membuat siasatan lanjut terhadap sejarah Sudesh Kumar sebelum mendapati lelaki itu dipenjara atas tuduhan membunuh anak perempuan berusia 13 tahun pada 2018.


Polis kemudian mendapat maklumat bahawa Sudesh masih hidup ketika memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang didiami pasangan itu, seorang lelaki yang menyerupainya telah dikesan membawa sesuatu seperti mayat di atas basikalnya, kata polis.


Raja berkata, Sudesh dibebaskan secara parol pada Mei kerana pandemik Covid-19 namun, apabila tempoh parolnya hampir tamat, disebabkan itu dia merancang sesuatu bersama isterinya untuk mengelakkannya kembali ke penjara.


Raja berkata, Sudesh memanggil seorang buruh bernama Doman Ravidas yang mempunyai ketinggian sepertinya untuk melakukan kerja-kerja membaiki di rumahnya malah, dia turut memberikan Ravidas pakaiannya untuk dipakai.


Pada hari kedua buruh itu ke rumahnya, Sudesh memberikan arak dan membiarkannya mabuk, sehingga tidak sedarkan diri.


Susulan itu, Raja berkata, Sudesh membunuh Ravidas dengan memukul kepala dan membakar mayat supaya identitinya tidak terdedah dan kemudian membuang mayat Ravidas di Loni.


Kedua-duanya kini dihantar ke penjara, kata polis.



Sumber: NDTV





5 views0 comments