• shafika9

Lelaki Ini Paku Bunga Matahari Pada Kubur Bapanya

Tak pernah lagi lihat ada orang memaku bunga dekat kubur

Kredit foto: TikTok (simonherli)


Pernahkah korang melihat orang memaku bunga di perkuburan? Semestinya rasa pelik, kenapa ingin memaku bunga pada atas pusara? tapi pada lelaki ini yang memaku kuntuman bunga matahari pada sebuah kubur bapanya telah menjadi tular di media sosial. Menurut pengguna TikTok yang bernama @simonherli itu, tujuan dia berbuat sedemikian kerana bimbang ada yang mencuri bunga tersebut dan diletakkan pada kubur lain.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat membawa sejambak bunga matahari dan berniat untuk meletakkan di kubur bapanya. Kemudian dia mula memaku pada tangkai bunga tersebut ke dalam kubur. “Semoga bunga ini tidak hilang lagi. Jika hilang sekali pun, semoga diberikan keberkatan kepada individu yang mengambilnya,” kata lelaki itu.


Sumber artikel asal dari Kosmo!

5 views0 comments