• Jonathan Shiek

Lelaki Ini Menghabiskan Wangnya Sebanyak RM 168,369 Untuk Membeli Tiket Acara Olimpik

Kenali lelaki yang bernama Kazunori Takishima yang mengembara ke seluruh dunia untuk menyokong pasukan Jepun dalam temasya sukan Olimpik sejak 15 tahun lalu lagi. Pada tahun ini, Jepun menjadi negara tuan rumah untuk Olimpik dan sepatutnya hal ini memberi kegembiraan buat Takishima.

Namun, impiannya musnah apabila penonton tak dibenarkan langsung untuk menonton acara sukan yang dipertandingkan susulan pandemik COVID-19 yang melanda. Takishima sebelum ini yang sudah menghabiskan duitnya sebanyak AS$40,000 bersamaan RM 168,369 untuk membeli 197 keping tiket acara sukan untuk dirinya dan juga rakan-rakannya.

Minat Takishima terhadap Olimpik bermula 2005 dan seterusnya mengikuti setiap temasya sukan berprestij itu di seluruh dunia. 

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments