• Jonathan Shiek

Lelaki Ini Hidup Tanpa Jantung Hampir 555 Hari

Pernah ke korang terfikir bahawa manusia hidup tanpa jantung ? semestinya ia mustahil bukan ? menjadi lumrah kehidupan manusia kita dicipta mempunyai jantung di dalam anggota badan manusia sebagai penggerak nyawa manusia. Tapi percayakah korang bahawa wujudnya manusia yang tiada jantung di dalam anggota badannya ?.

Lelaki ini yang masih berusia 25 tahun dianggap bernasib baik kerana mampu hidup lebih setahun tanpa jantung. Malah, dia boleh melakukan aktiviti sukan secara biasa bersama rakannya sepanjang tempoh tersebut. 

Larkin sehingga kini bergantung pada jantung tiruan yang dimasukkan ke dalam sebuah beg bersama peralatan khas yang digalasnya selama 555 hari apabila mahu kemana sahaja. Larkin terpaksa memasang jantung tiruan itu selepas mengalami kardiomiopati. 

Larkin mengalami penyakit ketika dia rebah semasa bermain bola keranjang. Adik Larkin iaitu Dominique turut menghidap masalah yang sama yang sering menjadi punca utama kematian dalam kalangan atlet. 

Larkin amat memerlukan jantung baharu, maka dia harus berada di hospital untuk dipantau sehingga menjalani pembedahan pemindahan jantung. Para doktor di Universiti Michigan memasang peralatan Syncardia seberat 5.8 kilogram yang berfungsi sebagai jantung sementara dapat menerima penderma jantung. 

Jantung tiruan sementara Larkin itu berbentuk freedom portable driver dan boleh diletakkan dalam sebuah beg galas. Melalui cara ini Larkin dapat menjalani kehidupan biasa dan boleh bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya.

Sumber artikel Utusan Malaysia

1 view0 comments