• Jonathan Shiek

Lelaki Ini Berkongsikan Pengalamannya Yang Terlibat Dalam Kemalangan LRT

Kejadian pelanggaran perkhidmatan tren LRT pada 24 Mei lalu telah menjadikan hari terburuk sejak 23 tahun beroperasi. Ini telah menandakan sebuah kemalangan tren yang terburuk pernah berlaku pada setakat ini dalam sejarah negara. Kemalangan tersebut mengakibatkan 116 penumpang cedera, manakal 47 orang lagi cedera parah.

Kemalangan ini yang berlaku berhampiran di Stesen KLCC pada pukul 8.45 malam membabitkan tren Gombak dipandu secara automatik membawa 213 orang penumpang dengan sebuah lagi tren kosong yang mempunyai pemandu dari Kampung Baru.

Terdapat beberapa pengguna LRT yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah berkongsi pengalaman mereka melalui ciapan di Twitter. Dimana situasi yang tenang terus berubah menjadi suasana panik, trauma dan banyak kecederaan di sana sini.

Meh la aku buat thread sikit dr sudut pandang salah seorang mangsa yang ada dalam tren kemalangan semalam. So far keadaan aku taklah seteruk mangsa yang lebih kritikal dan parah. Aku cuma mengalami terseliuh tangan kiri,sedikit bengkak pd tapak tangan kanan dan belakang badan. — 🇵🇸🇲🇾💛محمد خيري❤️ (@Qyrie666) May 25, 2021

Menurut mangsa, beliau ketika itu telah masuk ke dalam tren bernombor 40 sekitar 8.10 malam namu tren tersebut tak bergerak dalam tempoh 10 ke 15 minit. Kemudian, tren tersebut mula bergerak dan secara tiba-tiba tren berhenti mengejut menyebabkan ramai penumpang terpelanting dan terhempas ke lantai tren.

Beliau yang berdiri di koc paling belakang pada ketika itu, terus tercampak ke belakang sampai di pintu kedua koc paling belakang. Beliau tak sedarkan diri dalam beberapa saat terus membuka mata dan mula perasan ramai orang sudah pengsan dan mengalami kecederaan. 

Ada juga diantara mangsa yang meraung akibat trauma dan dengan kesakitan yang mereka harus hadapi. Turut ada juga mangsa dalam keadaan panik cuba membuka pintu untuk keluar dari tren.

Masa ni aku nampak dr satu sudut ke sudut yg lain.. Yg belah sana muka dah berlumuran darah. Yg belah sini dah mengerang kesakitan. Yang aku rasa kebas 1 badan.. sorry bro. Aku terpaksa tutup muka mangsa yg parah ni. pic.twitter.com/DdxmSzVKhi — 🇵🇸🇲🇾💛محمد خيري❤️ (@Qyrie666) May 25, 2021

Beliau pada masa itu, terlalu banyak berfikir dan merasakan mangsa-mangsa yang lain turut berfikiran sebegitu. Dalam situasi ini sesiapa saja boleh berasa cemas, panik dan gelisah sambil menunggu bantuan sampai. Apa-apa pun kita mendoakan kesemua mangsa cepat sembuh dan dan sihat. Supaya mangsa semua dapat meneruskan kehidupan mereka seperti sedia kala.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments