• Jonathan Shiek

Lelaki Ini Berbelanja Hampir RM 3,200 Sebulan Untuk Makanan

Adakah korang sanggup berbelanja makanan sehingga beribu-ribu ringgit ? mungkin boleh jadi atau tidak, dan ada berpendapat ia hanya satu pembaziran wang saja. Tapi tak pula pada seorang lelaki di Beijing,China ini yang sanggup menghabiskan wang kira-kira 5,000 (RM3,200) sebulan dengan membeli makanan secara dalam talian.

Menurut dari media tempatan, Xiao Li yang kerap memesan makanan menerusi perkhidmatan penghantaran sebanyak lima hingga enam kali sehari. Antara jenis makanan yang sering dipesan ialah nasi campur, mi daging, stik, ayam goreng yang kesemua merupakan makanan berkalori tinggi. 

Dia kerap memesan makanan yang hanya diinginkan saja dan selalu menurut nafsu selera makan sebaik mungkin. Disebabkan itu, Xiao Li telah bertambah berat badan sebanyak 100 kilogram (kg) kerana pengambilan makanan yang terlalu berlebihan.

Kini berat badannya telah mencecah sehingga 190 kilogram dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Menurut, Xiao Li dia mula merasakan tidak selesa dari segi berjalan kerana mengalami sesak nafas ketika berjalan hanya beberapa langkah. 

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments