• Jonathan Shiek

Lelaki Ini ‘Backpack’ Ke Eropah, Bertemu Jodoh Dengan Wanita Belarus!

Jodoh tidak pernah salah alamat, buat lelaki Malaysia ini, niatnya hanyalah untuk mengembara ke Eropah tetapi terjumpa dengan gadis kelahiran Belarus.

Perkara ini menjadi bualan netizen selepas video-video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang menggunakan nama akaun izzu_alesia memaparkan seorang jejaka bersama isterinya yang berasal dari Eropah menarik perhatian netizen.

@izzu_alesia❤️ ##10VideosChallenge ##foryou ##fyp ##couplegoals♬ In This House – Marcus Vinicius Alfaro Nascimento

Lelaki ini dikenali sebagai Muizzuddin Mahmud dan beliau menjelaskan hal sebenar kepada Mstar dengan memaklumkan dia dan isteri sudah bernikah pada 21 Januari 2021.

“Saya mula mengenali Alesia sewaktu mengembara solo secara backpack ke beberapa negara di Eropah seperti United Kigdom, Sepanyol, Poland, Perancis dan Jerman.”

Pertama kali saya bertemu dengannya di sebuah kafe di Warsaw, Poland. Masing-masing duduk berseorangan di meja berasingan,” katanya.

Hampir setahun berhubung melalui panggilan video dan dua kali tiket penerbangan Alesia untuk ke Malaysia terpaksa di batalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang berlangsung.

“Percaya atau tidak, hampir setahun kami berhubung menerusi video call. Dua tiket penerbangan Alesia untuk ke Malaysia pada April dan Jun 2020 batal sebab PKP.”

“Asalnya nak bawa dia kenal-kenal dengan keluarga dahulu. Akhirnya Alesia dapat masuk ke Malaysia pada Disember 2020 selepas kami membuat keputusan untuk terus berkahwin,” katanya.

Sweet sangat!

0 views0 comments