• Syaziyah Md Sharif

Lelaki Ini Akhirnya Keluar Dari Hospital Selepas 399 Hari Bertarung Dengan COVID-19

Dia sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat wabak itu pada 29 Julai 2020

Kredit Foto: ABC News

Seorang lelaki daripada Sydney, Australia telah menghabiskan 399 hari di hospital untuk pulih sepenuhnya dari COVID-19, dia juga telah mendesak masyarakat untuk mendapatkan vaksin, mengatakan bahawa virus itu nyata.


David Avila Mellado yang berusia 69 tahun dimasukkan ke Hospital Westmead tahun lalu pada 29 Julai setelah dijangkiti dan akhirnya awal bulan ini, dia akhirnya dapat pulang.


"Ketika saya dijangkiti Covid, saya berada dalam keadaan koma selama beberapa minggu, saya kembali ke sini, tidak tahu nama saya tidak tahu apa-apa," katanya.


"Tetapi sekarang saya dapat menyebutkan nama saya. Saya dapat mengucapkan terima kasih."


Mellado menghabiskan tujuh minggu dalam rawatan intensif (ICU) sebelum dipindahkan ke unit pemerhatian pernafasan pada bulan September, 2021.


Hantaran yang dimuat naik oleh Western Sydney Health di laman Facebook mereka menunjukkan dia meninggalkan wad diiringi tepukan tangan dan ucapan daripada kakitangan perubatan.


Dia juga berkata, "ada ramai individu enggan divaksin kerana mereka tidak mempercayai virus itu tetapi ia benar.


"Mereka harus memahami perlu mendapatkan vaksin dan membantu orang lain.


"Saranan saya adalah memberitahu orang ramai supaya tidak menunggu, cuba dapatkan vaksin secepat mungkin," katanya.




Sumber: ABC News

6 views0 comments