• Jonathan Shiek

Lelaki Ditembak Mati Kerana Tidak Bayar Upah Potong Rambut

Hanya kerana tidak membayar upah khidmat gunting rambut, seorang lelaki di Illinois, Amerika Syarikat ditembak mati.

Khamis lalu, menurut kenyataan polis pembunuhan ngeri itu berlaku di sebuah kedai yang terletak di Maywood.



Suspek, Deshon McAdory, 40 tahun, ditahan polis sejurus selepas kejadian dan didakwa di mahkamah pada Ahad atas tuduhan membunuh Christian McDougald, 31 tahun, lapor Chicago Sun-Times.

Namun menurut peguam yang mewakili tertuduh, Anthony Burch, McAdory bertindak demikian kerana mempertahankan diri.

“Seorang pelanggan datang ke kedai tersebut. Selepas menerima khidmat gunting rambut, dia enggan membuat pembayaran.

“McAdory dan McDougald kemudian bertengkar di luar kedai gunting rambut tersebut dan apabila McDougald cuba menyerang McAdory, tertuduh mengeluarkan pistol dan menembak mangsa,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Kesihatan Loyola University.

Sumber: Chicago Sun Times

0 views0 comments