• Jonathan Shiek

Lelaki Disyaki Mencuri Seluar Dalam Wanita & Dijumpai Sebanyak 150 Helai

Kejadian yang berlaku di negara matahari terbit, disyaki seorang lelaki Shinya Matsuyama, 32 tahun telah mencuri seluar dalam wanita. 

Bukti penampakkan dia dalam kamera litar tertutup di sebuah kedai dobi layan diri sebelum mencuri seluar dalam dari sebuah mesin basuh. Lelaki berkenaan telah ditahan kerana disyaki mencuri tiga barang dari seorang wanita di kedai dobi layan diri di Bandar Suzuka pada 21 Disember lalu. 

Sumber : Tokyo Reporter

Kata lelaki berkenaan “saya hanya berminat terhadap seluar dalam wanita, jadi saya terpaksa mencurinya” yang mengaku bersalah dihadapan polis atas tuduhan tersebut. 

Polis menyiasat di kediaman Matsumiya dan menjumpai sebanyak 150 helai seluar dalam wanita termasuk pakaian dan baju dalam wanita juga. Kini polis masih lagi menjalani siasatan lanjut terhadap lelaki berkenaan samada suspek mencuri pakaian yang dijumpai di kediamannya.

Apa-apa pun bagi wanita diluar sana, sila berhati-hati dengan barang dan hak milik korang. Kita mungkin tak tahu akan ada orang yang berniat jahat terhadap kita di luar sana.boleh. Sentiasa berwaspada dalam apa jua situasi dan keadaan.

Sumber artikel asal dari Tokyo Reporter

#seluardalamwanita

0 views0 comments