• Jonathan Shiek

Lelaki Didenda Sebanyak RM 6246 Hanya Kerana Ambil Daun Pandan

Kejadian berlaku di Singapura apabila seorang lelaki yang berusia 63 tahun telah dikenakan denda sebanyak S$2,000 oleh sebuah mahkamah daerah kerana membantu seorang lelaki lain menceroboh kawasan larangan tentera semata-mata untuk mengambil daun pandan.

Ng Kiong Hoe, mengaku bersalah mempunyai niat sama dengan Cheng Lee men, 61 tahun kerana memasuki tapak latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) secara haram di Lim Chu Kang. Kedua-dua lelaki menuju tapak latihan pada petang hari tersebut dengan menaiki van milik Leng Meng. Setibanya di sana, Kiong Hoe menggunakan kunci yang diterimanya daripada Lee Meng.

Bagaimana Lee Meng memperoleh kunci tersebut masih tak diketahui lagi. Bagaimanapun, sebaik sahaja Kiong Hoe mahu menutup pagar di belakangnya, seorang pegawai waran dari SAF menahan mereka. Apabila ditanya kenapa memasuki ke kawasan berkenaan, mereka menjawab ingin mengambil daun pandan.

Hakim Daerah Luke Tan memberitahu Kiong Hoe bahawa dia cuma mungkin mengganguu operasi ketenteraan atau membahayakan keselamatan diri dan yang lain dengan berada di kawasan larangan tersebut. Pada awal pembicaraan kes, Hakim bertanya kepada Lee Meng mengapa dia memilih untuk mempertikaikan fakta kes sedangkan dia sudah dihadapkan ke mahkamah untuk perkara tersebut buat beberapa kali.

Lee Meng mendakwa ini kali pertama dia mendengarnya dan akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 19 Ogos ini. Jika didapati bersalah dia boleh didenda sehingga S$20,000, dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments