• shafika9

Lelaki Ceroboh Kandang Untuk Rogol Kuda

Hanya kerana nafsu sendiri, kuda menjadi mangsa keadaan

Kredit foto: Boston Herald


Itulah hakikat seorang manusia yang tidak boleh mengawal nafsunya tersendiri, sanggup melakukan perkara terkutuk itu dengan seekor kuda. Kejadian yang berlaku di pusat ekuestrian Amerika Syarikat didapati seorang lelaki ini menceroboh masuk dan melakukan hubungan seksual dengan seekor kuda di tempat tersebut.


Perbuatan itu dikesan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kandang tersebut. Kejadian tersebut berlaku pada Khamis lalu dan pelaku kini sedang diburu. Pusat ekuestrian menemui rakaman tersebut dalam salah satu sistem keselamatan yang cuba dirosakkan oleh suspek.


Lelaki itu cuba menyembunyikan perbuatannya dengan mencabut wayar pada salah satu kamera tetapi ada kamera lain yang berada disudut lain masih lagi berfungsi. Sebaik sahaja pemilik Pusat Ekuestrian Turner Hill, Hilary Swarr melihat rakaman tersebut terus menuju ke kandang kuda itu. Namun, lelaki itu terus melarikan diri dari ditangkap. Swarr berkata dia akan menjejaki lelaki tersebut dan membawanya ke muka pengadilan.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments