• Syaziyah Md Sharif

Lelaki Bernama 'Kovid' Jadi Bahan Usikan Netizen

"Nama saya Kovid dan saya bukan virus."



Seorang ahli perniagaan dari India menjadi bahan usikan netizen kerana mempunyai nama seiras dengan virus yang sangat ditakuti sekarang, Kovid.


Kovid Kapoor yang berusia 30 tahun merupakan salah seorang pengasas laman web dan aplikasi pelancongan holidify.com , dia berkongsi pengalamannya perlu menerangkan namanya ketika dia keluar negara buat pertama kali selepas pandemik ini melanda.


Dia juga berkongsi dalam laman Twitternya, 'Kovid' merupakan nama yang sangat luar biasa di India, bermaksud seorang yang cerdik atau individu terpelajar dalam bahasa Hindi dan Sanskrit, dengan huruf 'd' disebut tanpa penekanan atau bunyi yang lembut.


Ketika dunia dilanda Covid-19, Kovid berhadapan dengan pelbagai situasi pelik namun menganggapnya sebagai pengalaman menarik.


Setakat hari ini, tweet tersebut telah menerima hampir 5K retweet dan lebih 40K tanda suka.


Rare betul!



Sumber: The Economic Times


11 views0 comments