• Jonathan Shiek

Lelaki Berbogel Sambil Menggunakan Jaket Keselamatan Dan Dianggap Sebagai Bom

Kekecohan yang berlaku dalam sebuah penerbangan Air Asia di New Delhi apabila salah seorang penumpang lelaki mengatakan jaket keselamatan yang dipakai adalah bom sebelum berbogel. Insiden berkenaan menyebabkan penerbangan terpaksa mendarat awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda.

Menurut dari seorang penumpang pesawat itu, di mana penumpang berkenaan mula bertengkar dengan kru penerbangan tentang jaket keselamatan dan mula melakukan perbuatan yang kurang senonoh. “ Staf lain cuba menenangkannya namun dia terus menanggalkan pakaiannya satu persatu,” katanya.

Disebabkan kejadian berkenaan, juruterbang terpaksa mendarat awal tentang dan penumpang berkenaan diserahkan kepada pihak polis dan dilaporkan mabuk. Pengarah Jeneral Penerbangan Awam (DCG) India mengenakan larangan penerbangan ke atas mana-mana penumpang yang berkelakuan kurang senonoh bagi tempoh tiga bulan atau selama-lamanya.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments