• Jonathan Shiek

Lelaki Berang Pecahkan Cermin Kereta, Hanya Kerana Tak Puas Hati Bunyi Hon

Hanya kerana tak berpuas dengan bunyi hon, lelaki ini bertindak dengan memecahkan cermin belakang sebelah kiri sebuah kereta dengan menggunakan besi pengunci stereng. Ketua Polis Daerah Kulim, Kedah Superintendan Azhar Hashim berkata, dalam kejadian pada jam 5.50 petang Selasa lalu apabila mangsa lelaki berusia 37 tahun sedang memandu kereta jenis Proton Wira di susur keluar Lebuhraya Butterworth Kulim Ekspressway (BKE).

Beliau berkata sebuah jenis Nissan Almera yang dipandu lelaki berusia 36 tahun dari arah belakang menggunakan lorong kecemasan. “Pemandu kereta Nissan Almera cuba memotong kereta mangsa tetapi tak diberi laluan kepada lelaki berkenaan. Lalu pemandu Almera membunyikan hon terhadap mangsa seperti tak berpuas hati,” katanya dalam satu kenyataan.

Azhar sebaik tiba di susur keluar, lelaki terbabit kemudian menyekat kereta mangsa di tepi jalan. Kemudian, pemandu Almera keluar dari keretanya sambil membawa besi pengunci stereng lalu memecahkan cermin belakang sebelah kiri mangsa.

“Mangsa terus memandu keretanya ke balai polis, lelaki berkenaan masih mengekorinya dari belakang. Sebaik tiba di Balai Polis Lunas, pemadu yang berang  itu terus memecut keretanya (menninggalkan mangsa),” katanya.

Azhar berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berjaya menahan lelaki berkenaan di sebuah rumah di Taman Mewah. Tambahan lagi, suspek sebenarnya tak berpuas hati terhadap pengadu yang membunyikan hon terhadapnya ketika hari kejadian. Suspek akan direman selama empat hari bermula hari semalam sehingga 20 Mac untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments