• Syaziyah Md Sharif

Lee Zii Jia Tinggalkan BAM, Tidak Tahan Dengan Tekanan Latihan

Pemain badminton nombor satu negara itu kini di kedudukan ke-7 dunia

Kredit Foto: Lee Zii Jia FB

Pelbagai persoalan dan spekulasi berkenaan pemain badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia akhirnya terungkai juga apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemain berusia 23 tahun dari Alor Setar, Kedah itu telahpun menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Januari lalu meskipun sudah dipujuk untuk kekal.


Bekas juara kejohanan Seluruh England (All England) itu dikatakan mahu meninggalkan BAM kerana didakwa sudah tidak tahan dengan tekanan dihadapi berhubung rejim latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.


BAM dikatakan akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu pada Jumaat ini menerusi jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.


Sebagai rekod, spekulasi berhubung masa depan Zii Jia bertiup kencang selepas ada pihak yang sanggup memberi tajaan bernilai RM4 juta bagi membiayai karier profesionalnya sebaik dia meninggalkan BAM.

9 views0 comments