• Syaziyah Md Sharif

Lee Zii Jia Terpaksa Tarik Diri Kerana Kecederaan Belakang Dalam Aksi Final Hylo Open

Pemain badminton negara itu berdepan dengan lawan dari Singapura

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri di set ketiga bertemu lawan dari Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi final Terbuka Hylo di Jerman, semalam.


Zii Jia mendahului dalam set pertama apabila berjaya menumpaskan lawannya dengan 21-19, bagaimanapun Kean Yew memenangi set kedua dengan mata 21-13 dan seterusnya mengheret perlawanan ke set ketiga.


Ketika ketinggalan 12-17, pemain utama negara itu terpaksa membuat keputusan sukar apabila menarik diri selepas dipercayai mengalami kecederaan belakang.


Sebelum ini, Zii Jia yang juga pemain ranking nombor lapan dunia itu tewas di tangan Kean Yew yang menduduki ranking ke-39 dunia ketika aksi pusingan pertama Terbuka Perancis, minggu lalu selepas tewas 22-24, 14-21.


Keputusan itu di Jerman itu menyaksikan Zii Jia terlepas peluang bagi merekodkan gelaran keduanya tahun ini selepas menjuarai saingan Seluruh England, Mac lalu.





Sumber: Berita Harian

8 views0 comments