• Jonathan Shiek

Lee Zii Jia Rangkul Juara All England

Tahniah! buat pemain Badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akhirnya telah melakar sejarah buat julung kali muncul jura kejohanan Seluruh England selepas menewaskan pemain handalan Denmark, Viktor Axelsen pada aksi di Birmingham semalam.

Saingan sengit antara kedua-dua pemain di Utilita Arena, dengan menampilkan persembahan bertenaga apabila kemenangan dicatatkan 30-29, 20-22, 21-9 dalam tempoh lebih dari sejam. Lee Zii Jia yang kini pemain 10 dunia dengan selama tiga tahun menyaksikan pemain negara menjuarai Seluruh England. 

Kali terakhir pemain Malaysia yang menjuarai Kejohanan Seluruh England adalah Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017. Apa-apa pun tahniah lagi sekali buat pemain negara kerana merangkul kejuaraan terhebat ini.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments