• Jonathan Shiek

Lee Chong Wei Sumbangkan 20 Laptop Dan 50 Tablet Untuk Mereka Yang Tidak Mampu

Lagenda badminton negara Lee Chong Wei setuju untuk menaja laptop untuk kegunaan pelajar memerlukan bagi meneruskan pembelajaran dalam talian pada masa ini.

Seperti sebelumnya, sumbangan kali ini turut dibuat kepada program “Asal Cek Mau Pi Sekolah” yang diusahakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

“Beliau menyatakan hasrat untuk taja 20 buah laptop lagi untuk program ‘Asal Cek Mau Pi Sekolah.

“Chong Wei, jasamu kepada anak-anak kita terlalu besar. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih dan saya doakan Tuhan merahmati Chong Wei sebagaimana Chong Wei telah bermurah hati dengan anak-anak kita.

“Saya berjanji, semua peranti ini akan diedarkan kepada keluarga yang layak secepat mungkin sebaik sahaja bekalan sampai kepada kami,” kata Sim di Facebook hari ini.

Sebelum ini Sim memaklumkan Chong Wei telah membuat tempahan sebanyak 50 tablet melibatkan kos tidak lebih RM30,000 dan pelajar dijangka akan menerimanya selepas perayaan Tahun Baru Cina.

Bukit Mertajam dekat di hatinya kerana ia adalah kampung halamannya, dan beliau selalu berhubung dengan Sim mengenai bantuan yang diperlukan di kawasan Parlimen itu.

Sumber: MalaysiaKini

#leechongwei

0 views0 comments