• shafika9

Lebih Separuh Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Suntikan Dos

Tahniah! rakyat Malaysia kerana memberi kerjasama untuk memutuskan rantaian COVID-19

Kredit foto: Astro Awani


Lebih separuh daripada populasi dewasa di negara ini telah mendapat suntikan lengkap dos vaksin COVID-19. Menerusi data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), sebanyak 50.5 peratus yang telah mula lengkap menerima suntikan manakala 64.1 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sehingga Selasa.


Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 98.4 peratus populasi yang telah lengkap dos vaksin mengatasi Labuan, 95.7 peratus. Bagi tempoh yang sama sebanyak 37,392,241 dos suntikan telah diberikan.


Sumber artikel asal dari Sinar Harian


3 views0 comments