• Syaziyah Md Sharif

Lebih 30 Orang Cedera Diserang Ikan Piranha Ketika Mandi Sungai

Remaja 13 tahun antara yang tercedera teruk sehingga memerlukan pemebedahan kulit

Kredit Foto: The Sun UK

Puluhan pengunjung yang bermandi-manda termasuk lebih 20 kanak-kanak diserang oleh ikan piranha yang merupakan ikan pemakan daging secara mengejut di Sungai Parana di Santa Fe, Argentina.


Antara yang tercedera teruk adalah kanak-kanak berusia 13 tahun yang dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan kulit manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun kehilangan bahagian jarinya.

Pengunjung lain yang berada di sungai tersebut mengalami luka dalam pada buku lali, jari dan tangan mereka.


Sementara itu, wakil sebuah kesatuan bagi anggota penyelamat di kawasan tersebut, Sergio Berardi berkata, serangan itu disebabkan oleh suhu yang tinggi dan kadar air yang rendah.


“Kami sering menekankan mengenai kepentingan untuk mematuhi arahan penyelamat terutamanya dalam kalangan keluarga dengan kanak-kanak. Kini, kita telah melihat kemusnahan yang telah diakibatkan oleh piranha.


“Apabila anggota penyelamat melihat seorang atau dua pengunjung digigit piranha, mereka akan mengarahkan pengunjung lain untuk keluar dari air. Namun, tindakan itu tidak mencukupi kerana ramai pengunjung berada di situ pada waktu tersebut,” katanya.


Tambahnya, anggota penyelamat bertugas ketika kejadian turut bergegas membantu pengunjung yang cedera, dan pada masa sama terdapat yang lain turut diserang.


“Ikan piranha sering berenang di bahagian beting sungai, jadi terdapat banyak serangan dilakukan serentak,” katanya.



Sumber: The Sun UK


19 views0 comments