• shafika9

Latif Datang Awal Ke ‘Call Room’ Kerana Tidak Mahu Terjadi Perkara Sama Yang Menimpa Pada Rakan Baik

Latif Romly amat berhati-hati sejak perkara buruk yang menimpa pada Ziyad Zolkefli

Kredit foto: The Star


Sejak perkara buruk yang menimpa pada rakan baiknya, Muhammad Ziyad Zolkefli ia telah mendorong Abdul Latif Romly untuk lebih berhati-hati ketika turun acara lompat jauh T20 dengan tiba awal lima minit sebelum acara bermula. Insiden yang menimpa pada Ziyad yang dibatalkan pada 31 Ogos yang lalu menjadi satu pengajaran buat Latif untuk tidak mengulangi kejadian malang itu, apatah lagi dia merupakan prospek emas.


Kata Latif, 24 tahun dia yang mempertahankan emas bukan kerana ingin menebus kekecewaan Ziyad, sebaliknya dia hanya ingin fokus kepada diri sendiri dan enggan memberi tekanan tidak sepatutnya. “Ziyad tidak memberikan tekanan kepada saya, cuma dia hanya minta saya lakukan terbaik. Saya pun sedih apabila melihat dia sedih.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai Ziyad kerana kalau fikirkan sangat, takut saya yang stress pula, saya hanya fokus untuk pertandingan ini,” katanya.

Sumber foto: Utusan Malaysia


“Saya mempunyai matlamat untuk memecahkan rekod saya tersendiri sebab semasa latihan saya pernah lakukan 7.91 m, jadi saya yakin boleh lompat 8 meter tetapi cedera. Masa lompatan kelima nak melompat rasa sakit di pangkal paha. Nak jalan pun tidak boleh sangat, saya balik menaiki kerusi roda,” kata atlet dari kelahiran Perlis itu.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


2 views0 comments