• Syaziyah Md Sharif

Lapan Maut Dalam Festival Muzik Astroworld

Tragedi rempuhan itu menyebabkan kematian lapan orang penonton dan puluhan lain tercedera

Kredit Foto: Insider

Kejadian yang berlaku di Houston, Texas pada 6 November lepas itu menyebabkan lapan orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera, menurut laporan polis sekurang-kurangnya seorang pengawal keselamatan diberikan dadah semasa insiden rempuhan yang berlaku pada Festival Muzik Astroworld itu.


Ketua Polis Houston, Troy Finner berkata konsert malam kelmarin itu lebih huru-hara daripada yang dijangkakan. Katanya, seorang pengawal keselamatan dicucuk sesuatu dipercayai jarum ketika dia menahan seorang individu lain ketika penyanyi hip hop Travis Scott sedang membuat persembahan.


Kakitangan perubatan menggunakan Narcan untuk memulihkan pengawal yang dilihat pengsan, ubat itu biasanya digunakan untuk merawat dos berlebihan dan membalikkan kesan keracunan Fentanyl.


‘’Dia sedar semula setelah diberikan ubat Narcan, malah kakitangan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesan tusukan menyerupai kesan jarum suntikan.


“ Mungkin juga ada orang lain yang turut disuntik,” kata Finner..


Ketua polis itu berkata, insiden itu masih disiasat. Menurutnya, kira-kira 25 orang telah ditangkap dengan majoriti daripada mereka kerana kesalahan menceroboh. Seorang penonton turut diberkas kerana menggunakan ganja dan seorang lagi kerana mabuk di tempat awam.






Sumber: Kosmo!, RT.com



8 views0 comments