• shafika9

Langkah Mengurung Rakyat Tidak Lagi Relevan - PM

Perdana Menteri khuatir ia menyebabkan implikasi kesihatan mental boleh berlaku dikalangan rakyat

Kredit foto: Berita Harian


Cara mengurung rakyat tidak lagi sesuai untuk digunakan, malah dikhuatiri mendatangkan lebih banyak inplikasi masalah kesihatan mental, menurut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa lalu. Kerajaan kini memberikan tumpuan kepada pembukaan sektor ekonomi. Pembukaan ekonomi bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi, malah memberi peluang dan ruang untuk rakyat memperbaiki hidup.


“Pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah wajar berikutan peratusan penerima vaksinasi yang tinggi. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).” katanya ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14.


Ismail turut berkata, ketika ini kedudukan Malaysia telah pun 35 anak tangga ke kedudukan ke-51 daripada 53 negara dalam indeks Daya Tahan COVID-19 yang diterbitkan oleh Bloomberg pada Julai 2021. Indeks tersebut menunjukkan realiti kedudukan ekonomi peniaga, pekerja dan isi rumah di Malaysia yang semakin membimbangkan sekiranya proses pembukaan ekonomi kekal perlahan seperti ketika ini.


Sumber artikel asal dari Sinar Harian


7 views0 comments