• Jonathan Shiek

Langkah Dan Tips Penjagaan Pelitup Muka Jenis Fabrik

Penggunan pelitup muka jenis fabrik kini semakin meluas, bukan sahaja ia merupakan Standard Operation Procedure (SOP), malah terdapat juga saranan daripada Menteri Kesihatan untuk menerapkan teknik double masking yang mampu menahan jangkitan Covid-19 dengan lebih baik.

Kebanyakkan pelitup muka jenis fabrik didatangkan dengan ruangan untuk meletakkan penapis atau filter dan kini kebanyakkan kita menggunakan teknik double masking iaitu memakai pelitup muka pakai buang dan juga pelitup muka fabrik sebagai lapisan luaran.

Majoriti kita mengambil mudah tentang penjagaan pelitup muka jenis fabrik ini, dan kami akan kongsikan apakah langkah yang sepatutnya dilakukan bagi menjaga keberkesanan pelitup muka jenis fabrik ini;

  1. Basuh tangan dengan bersih sebelum menanggalkan pelitup muka

Ini kerana tangan kita lebih banyak terdedah kepada bateria yang disentuh. Apabila menggalkan pelitup muka, basuh dahulu tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

2. Basuh selepas digunakan 

Selepas digunakan, pelitup muka fabrik mestilah dibasuh di dalam mesin basuh dengan sabun atau dibasuh dengan tangan menggunakan air yang suam. Jangan sesekali membiarkan ia tidak dibasuh ya!

3. Keringkan 

Apabila pelitup muka sudah dibasuh, keringkan dengan menggunakan mesin dryer atau jemur di bawah matahari. Pelitup muka yang lembab dan tidak kering sepenuhnya mempunyai kebarangkalian untuk mengumpul bakteria yang berbahaya.

4. Simpan pelitup muka di tempat yang betul 

Setelah kering, lipat pelitup muka dan pastikan bahagian dalam pelitup itu bertemu dan elakkan menggulung. Simpan ke dalam bekas yang tidak kedap agar tiada bakteria terkumpul.

Sentiasa jaga SOP ok?

2 views0 comments