• Jonathan Shiek

Langgar Motosikal, Pemandu Lori Ingin Melarikan Diri Dengan Mengundurkan Lori Secara Berbahaya

Kejadian yang berlaku di Kampung Bukit Changgang, Banting apabila sebuah motosikal dilanggar dengan sebuah lori dan kini tular di media sosial. Mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan patah tangan dan cedera di kaki. 

Lori berkenaan dalam cubaan untuk melarikan diri dengan mengundur kenderaan kebelakang, sebanyak empat buah kenderaan lain turut dilanggar oleh lori tersebut. 




Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125zr dari arah Jalan Banting-Denkil menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dilanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan yang hendak membelok ke simpang di sebelah kiri.

Sumber : VOCKET

Sumber : VOCKET

Tambahnya lagi, selepas pelanggaran tersebut lori berkenaan telah dikepong oleh sekumpulan orang kampung. Pemandu berkenaan yang bersuia 53 tahun mengalami kecederaan di kepala, leher, muka tangan serta kaki disyaki akibat dipukul oleh sekumpulan orang awam.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) akta yang sama.

Sumber artikel dari Sinar Harian

0 views0 comments