• shafika9

Land Rover Memperkenalkan Model Defender Untuk Filem James Bond ‘No Time To Die’

Cantik betul rekaan kereta edisi filem James Bond kali ini

Kredit foto: VOCKET


Setiap kali filem James Bond dikeluarkan, pastinya akan ada syarikat kereta yang menghasilkan kenderaan sesuai untuk digunakan dalam filem berkenaan. Pada terdahulunya, kereta yang selalu digunakan bagi filem James Bond yang dilakonkan oleh Daniel Craig semestinya dari syarikat Aston Martin. Kebiasaanya kereta Aston Martin ini, merupakan sebuah simbolik ikonik untuk setiap filem James Bond setelah dihasilkan.


Tapi pada kali ini, syarikat Land Rover dari Britain ini telah menghasilkan sebuah model Defender edisi khas bersempena penglibatan model tersebut dalam filem James Bond ke-25, ‘No Time To Die’.


Edisi kali ini merupakan rekaan khas bagi SUV ‘007’ dengan pilihan warna matte black menampakan hasil rekaan yang lebih garang dan elegan. Land Rover menggunakan model Defender V8 90 dan Defender v8 110. Ia hadir dengan roda 22 inci Gloss Black, kaliper hadapan berwarna Xeono Blue dan lencana belakang ‘Defender 007’.


Bagi pula enjin untuk model ini dikuasakan 5.0 liter V8 Supercharged, tranmisi automatik 8- kelajuan dihasilkan 518hp 625Nm tork. SUV ini mampu memecut 0-100k /j dalam tempoh 5.1 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 239km/j. Laju betul model kereta ini memecut.


Mungkin korang mesti tertanya-tanya, berapalah harga yang ditawarkan sebuah kereta ini ? harga yang ditawarkan bermula USD 114,600 bersamaan RM 475,188 tidak termasuk kos-kos lain. Model SUV ini hanya dibuat untuk para pengumpul kereta dan dihasilkan cuma 300 unit saja. Jadi tak semua orang boleh memiliki sebuah kereta James Bond ini.


Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments