• Jonathan Shiek

Lame Adalah Bintang TikTok Yang Paling Popular Di Itali

Adakah korang salah seorang pengguna aplikasi TikTok ? sekiranya ya, maka korang mungkin pernah ternampak video pendek Lame pada sebelum ini. Nama sebenar Khaby Lame, 21 tahun yang diikuti ramai pengguna susulan gaya dan aksinya yang sangat bersahaja dan mencuit hati dengan memaparkan parodi tips untuk menyelesaikan masalah harian secara mudah.

Lame berjaya mengumpul 58.9 juta pengikut di akaun TikTok dan sekaligus menjadi bintang TikTok paling popular di Itali selepas memuat naik pelbagai video dengan memperlekehkan tips pelik-pelik bagi menyelesaikan masalah harian dengan cara lebih mudah dan senang diikuti.

Antara video yang paling kerap ditonton ialah parodi seorang pengguna TikTok lain yang menggunting bajunya akibat tersepit pada pintu kereta. Tapi, Lame dengan wajahnya yang selamba melakonkan semula aksi berkenaan dengan lebih mudah difahami, hanya membuka pintu kereta bagi melepaskan bajunya yang tersepit. 

Video berkenaan mendapat 158 juta tontonan pada setakat ini. Video-videonya secara kebiasaanya tak mempunyai dailog dan hanya menggunakan bahasa tubuh dan mimik mukanya yang bersahaja. Cara ini tanpa sedar, memang mudah didekati hati pengguna media sosial yang tak perlukan apa-apa dailog pun boleh berjaya mencuit hati pengguna dengan lebih mudah.

@khaby.lame

Bro why you ruined a T-shirt ?👕😔It was so easy…. – Fratello perché hai rovinato una T-Shirt?👕😔#learnfromkhaby #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok

♬ suono originale – Khabane lame

Sumber artikel asal dari Kosmo!

#lame

0 views0 comments