• Jonathan Shiek

Lamborghini ‘Parking’ Di Atas Pembahagi Jalan Menjadikan Tanda Tanya Dikalangan Netizen

Semalam tular berkenaan sebuah Lamborghini Aventador S berwarna kuning mengalami kemalangan di depan Petronas Maarof, Bangsar. Menjadikan ia lebih hairan lagi, bagaimana kenderaan tersebut boleh menaiki atas pembahagi jalan sedangkan tiada kesan rosak teruk pada kereta tersebut?

Menariknya pengguna media sosial, mula mempersoalkan kereta tersebut seolah-olah sedang ‘parking’ pada pembahagi jalan tersebut tanpa ada kerosakan pada mana-mana bahagian kereta tersebut.

Sumber: Facebook

Kalaulah tak ada perhiasan pokok dekat atas tu, sudah tentu kereta Lamborghini akan mengalami kerosakan lebih teruk dan juga mungkin senang nak melanggar tiang lampu yang ada di hadapannya

Nak tanya pendapat korang sikit, macam mana kereta Lamborghini ini boleh naik atas pembahagi jalan tanpa ada kerosakan ya ? sila share kan pendapat korang di ruangan komen dibawah.

Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments