• Syaziyah Md Sharif

Laluan Darat Singapura-Johor Bahru Akan Dibuka 29 November Ini

Ia akan dijalankan serentak dengan perjalanan udara

Kredit Foto: The Straits Times

Sebelum ini, pengumuman mengenai Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara diumumkan dan yang terbaru kerajaan negeri Johor mengumumkan VTL darat akan dilaksanakan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini.


Berita gembira itu disahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang memaklumkan keputusan diambil hasil perbincangan yang mana turut memutuskan perjalanan darat itu hanya akan merangkumi sempadan pas jangka panjang.


“Saya ada berita baik untuk dikongsikan, kita telah mengadakan komunikasi dengan pihak berkuasa masing-masing di kerajaan persekutuan dan negeri telah sahkan bahawa perjalanan darat akan dibuka 29 November ini.


“Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya akan merangkumi sempadan pas jangka panjang, semua untuk mereka yang bekerja atau pekerja di Singapura yang bekerja di Johor Bahru.


“Kerajaan persekutuan mempertimbangkan membuat perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru dengan kemudahan yang serupa seperti ditawarkan Changi ke KLIA,”katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Four Points By Sheraton Desaru semalam.



Sumber: Kosmo!

5 views0 comments