• Jonathan Shiek

Lahir Anak Di Dalam Kereta Semasa Sekatan Jalan Raya

Kejadian yang berlaku di Kota Samarahan apabila seorang wanita ini selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kota Samarahan Kucing, Sarawak.

Pada 11.50 malam tersebut, wanita yang berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Pada masa itu, Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27 tahun berkata dia yang bertugas untuk menjaga SJR dari 4 petang sehingga 12 tengah malam.

“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak tersebut. Maka saya cuba membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit dari leher bayi itu,” katanya.

Tambahnya lagi, dia turut dibantu seorang lagi rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40 tahun untuk menyelamatkan bayi berkenaan yang kesejukan dengan memberikan tuala. Menurut Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita yang pada masa itu dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan. Kini bayi bersama ibunya kemudian telah dibawa ke HUS untuk dapatkan rawatan lanjut. 

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments