• Syaziyah Md Sharif

Lagenda Bola Sepak Malaysia, Shebby Singh Meninggal Dunia Ketika Sedang Berbasikal

Mendiang disahkan meninggal ketika sedang berbasikal di sekitar Sunway Iskandar, Johor

Kredit Foto: Daily Mail UK

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia Serbegeth 'Shebby' Singh disahkan meninggal dunia ketika sedang berbasikal di sekitar Sunway Iskandar, Johor, jam 7 malam semalam.


Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkemungkinan mendiang meninggal dunia berpunca serangan jantung yang menyebabkannya terbabas ketika sedang berbasikal.


“Kejadian tersebut juga tiada kaitan dengan sebarang insiden langgar lari.


“Kita tunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa meninggal dunia sebab serangan jantung atau akibat kemalangan,”katanya lagi.


Difahamkan, mayat mendiang akan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini untuk bedah siasat.


Sebagai info, mendiang pernah menyarung jersi Harimau Malaya pada 1982 hingga 1991 dan telah beraksi pada sukan Asia di New Delhi pada 1982, sukan Asia di Seoul pada 1986 dan sukan Asia di Beijing 1990.


Selain itu, Shebby turut berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara (SEA) Kuala Lumpur pada tahun 1989.




Sumber: Kosmo!




12 views0 comments