• shafika9

Kumpulan ABBA Kembali Gegarkan Carta Muzik

Siapa saja yang tidak kenal dengan ABBA, amat popular dengan lagu ‘Dancing Queen’ dan ‘Mamma Mia’

Kredit foto: Generator Hostels


Lagu single terbaharu dari kumpulan ABBA telah memasuki senarai 10 terbaik carta muzik United Kingdom (UK) bulan ini dengan lagu terbaru dari mereka, bertajuk ‘Don’t Shut Me Down’. Lagu berkenaan menduduki tempat kesembilan dalam senarai rasmi berdasarkan penjualan dalam talian dan jumlah penstriman.


Ini merupakan kali pertama kumpulan dari Sweden ini tersenarai selepas hampir 40 tahun. Kali terakhir kumpulan ABBA tersenarai dalam carta muzik Britain adalah pada Januari 1982 menerusi lagu ‘One Of Us’. Kumpulan tersebut dengan ahlinya telah menginjak usia 70-an bakal mengeluarkan album terbaharu sekitar November ini.


Kumpulan itu telah mendedahkan untuk mengadakan konsert ABBA Voyage yang mengimbau kembali konsert terbaik mereka pada 1979. Konsert ini akan dibuat secara digital menggunakan teknologi hologram.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


0 views0 comments