• Syaziyah Md Sharif

Kucing Tertua Di Dunia Berusia 26 Tahun, Bakal Memecahkan Rekod Dunia

Kucing tersebut dibela selepas dijumpai di jalanan pada tahun 2002

Kredit Foto: United Press International

Seekor kucing dari Oregon, Amerika Syarikat mungkin akan mendapat gelaran Rekod Dunia Guinness tidak lama lagi selepas pemiliknya mendapati dia dua tahun lebih tua daripada kucing yang kini diiktiraf sebagai kucing tertua hidup di dunia.


Charly Briggs berkata rakan-rakannya mencadangkan dia menghubungi Guinness World Records untuk melihat sama ada kucingnya, Samm, mungkin kucing tertua hidup di dunia pada usia 26 tahun.


“Saya bertanya kepada Guinness dan mereka memaklumkan bahawa kucing paling tua di dunia ketika ini berusia 24 tahun.


“Saya kemudian memberitahu rakan-rakan-rakan di media sosial bahawa Samm boleh memenangi gelaran kucing tertua di dunia kerana ia berusia 26 tahun,” katanya.


Briggs berkata Samm sesat apabila dia mengambilnya sebagai anak angkat di Memphis pada 2002, tetapi doktor haiwannya mengesahkan dia berumur 26 tahun dan dalam keadaan sihat.


Briggs berkata dia sedang dalam proses menyerahkan bukti yang sewajarnya kepada Guinness World Records supaya Samm diiktiraf secara rasmi.





Sumber: United Press International

6 views0 comments