• Syaziyah Md Sharif

Kucing Jagaan Dicampak Ke Dalam Sangkar Oleh Penjaga

Tak bertangunggjawab betul!

Tangkap Layar Video

Bagi peminat haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing, haiwan-haiwan tersebut dianggap seperti anak sendiri dan dijaga dengan penuh kasih sayang.


Apabila berjauhan dengan Si Comel kesayangan, kita akan seboleh-boleh memberikan penjagaan yang terbaik seperti menghantar mereka untuk 'boarding' atau mengupah orang untuk menjaga mereka.


Malangnya, baru-baru ini tular di laman sosial TikTok apabila seorang wanita telah dipertangunggjawabkan untuk menjaga beberapa ekor kucing di rumah ketika ketiadaan tuannya dan wanita tersebut mengasari kucing-kucing tersebut dengan mencampak mereka ke dalam sangkar.


Pengguna TikTok @rosella_rosell memuat naik video tersebut dengan rasa hiba dan kesal

Perbuatan itu dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah tersebut, perkara itu sememangnya mendatangkan kemarahan netizen, lebih-lebih lagi pencinta kucing!


Menurut video tersebut, tuan kucing tersebut ada menyatakan yang wanita tersebut memang biasa dipanggil untuk menjaga rumah di kawasan tersebut dan ia pastinya membuatkan tuan rumah tersebut yakin dengan perkhidmatan wanita tersebut.


Setakat ini video tersebut sudah mencecah lebih 3 juta tontonan dan lebih 15k komen, rata-rata netizen bengang dengan perbuatan tidak bertangunggjawab itu!


Sumber: TikTok @rosella_rosell


19 views0 comments