• Jonathan Shiek

‘Kucing Gergasi’ 3D Muncul Pada Papan Iklan Di Tokyo, Jepun

Baru-baru ini, terdapat seekor kelibat kucing gergasi muncul di Shinjuku, Tokyo yang sedang bergerak di papan iklan di tingkat atas sebuah bangunan. Ternyata ia terus mendapat perhatian orang ramai yang berasa kagum penampakkan iklan tiga dimensi (3D) tersebut. 

Ia dipaparkan antara pukul 7 pagi hingga 1 pagi, paparan tersebut akan berubah-ubah dengan pada waktu pagi ‘kucing’ itu akan bangun dari tidur. Ia dipaparkan di skrin diad cahaya (LED) berkeluasan 154.6 meter persegi tersebut kelihatan begitu realistik. 

Pada waktu tengahari, kucing itu aka mula berdiri dan berjalan ke hadapan sambil melihat ke arah ramai yang lalu-lalang, manakala pada waktu malam, ia mula tidur dengan kepalanya yang disandarkan di atas kaki hadapannya. 

今日の15時半ごろに現地で撮られた映像です。雑踏が思いのほかうるさいので、声の大きさは調整しなきゃ。再生時、音量注意です!⚠️ pic.twitter.com/8OsmcyyVOo — 新宿東口の猫 (@cross_s_vision) July 5, 2021



Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments