• Jonathan Shiek

Kuah Kari Macam Dalca, Pengantin Ini Berang Lauk Kenduri Tidak Setimpal Dengan Harga

Tular di laman Twitter, seorang pengguna dengan nama @/Asholedaebak_ berkongsi pengalaman pahitnya apabila beliau disajikan dengan makanan yang tidak berpatutan dengan harga untuk majlis perkahwinnnya.

Kalau ada pengantin yang nak kahwin tapi tak cari catering lagi, mohon jangan berurusan dengan catering ‘DE JODOH CATERING’ atau katering murah serendah rm5 kat fb. Rosak majlis aku dibuatnye 🥲 pic.twitter.com/vIpsV8243F — mel (@Asholedaebak_) March 28, 2021

Bebenang itu mencapai lebih 9K retweet dan yang paling menyedihkan adalah masakan yang dikatakan kari itu terlalu cair sehinggakan nampak seperti kuah dalca.

Aku deal dengan dia untuk 300pax harga diberi RM 4900, jemputan aku 150pax sahaja. Ni hasil yang dia buat kat majlis aku cincai teruk hahah video ni setelah habis majlis aku baru family aku bagitahu semua pic.twitter.com/iodXb2WJJX — mel (@Asholedaebak_) March 28, 2021

Di laman Facebook pula, wanita ini juga berkongsi posting  yang sama dan mendapat lebih 400 komen, ada juga yang pernah mempunyai pengalaman yang sama dengan beliau.



Assalammualaikum! Bagi mana yang datang majlis saya 27/3 semalam. Saya mintak maaf banyak banyak atas makanan yang di… Posted by Nurul Syazwina on Saturday, March 27, 2021

Tak patut ya buat majlis orang macam tu…

0 views0 comments