• Syaziyah Md Sharif

Kristen Stewart Dipuji Kerana Melakonkan Watak 'Princess Diana' Dengan Cemerlang

Filem 'Spencer' bakal ditayangkan pada 5 November ini

Kredit Foto: BBC

Princess Diana merupakan ikon kerabat Diraja Britain yang sangat terkenal dan menjadi buah mulut ramai orang sehingga ke hari ini.


Terdapat banyak filem dan drama siri yang mengetengahkan watak ikonik itu dan baru-baru ini pelakon Hollywood, Kristen Stewart berpeluang memainkan watak ikonik itu dalam filem 'Spencer'.


Pada tayangan perdana filem tersebut di Festival Filem London minggu lalu, pelakon berusia 31 tahun itu dipuji atas persembahannya dalam filem tersebut.



Filem itu menceritakan perjalan selama tiga hari sewaktu Diana menuju ke Sandringham House untuk menghadiri perjumpaan keluarga sempena Krismas pada tahun 1991, dalam masa yang sama bergelut dengan konflik rumah tangganya dengan Putera Charles.


Diarahkan oleh Pablo Larrain, "Spencer" pertama kali ditayangkan di Venice Film Festival bulan lalu, dengan ramai pengkritik menyifatkan Stewart, yang sebelum ini dikenali menerusi empat siri Twilight, tidak mustahil bakal memperoleh pencalonan dalam Oscar.


Filem itu akan menemui penonton bermula 5 November depan, tak sabar ya!




Sumber: Astro AWANI

8 views0 comments