• Jonathan Shiek

Kostum Bertema ‘Kampungku’ Bakal Diperaga Oleh Miss Universe Malaysia

Pertandingan akhir Miss Universe ke-69 bakal dilangsungkan di Seminole Hard Rock Hotel Hollywood, Florida di Amerika Syarikat pada 16 Mei ini, menyaksikan ratu cantik dari setiap negara menghantar wakilnya dan ini juga termasuk Malaysia.

Tahun ini, Francisca Luhong James akan mewakili Malaysia ke pentas berprestij itu, persiapan semestinya sudah diteliti sejak dia bergelar juara Miss Universe Malaysia 2020 pada September tahun lalu.

Sebelum ini, Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon menggayakan kostum bertema ‘A Peranakan Indulgence’ yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya, kali ini Francisca bakal mempersembahkan tema unik iaitu representasi suasana kampung yang ada di negara ini.

Kostum kebangsaan itu merupakan sentuhan pereka tempatan, Carven Ong dengan kerjasama Wesley Hilton of Borneo Doll dan mengangkat elemen dari empat budaya berbeza iaitu masyarakat Orang Asli, Melayu, Dayak dan Orang Ulu.


View this post on Instagram

A post shared by Miss Universe Malaysia Org. (@missuniversemalaysia)


Menarik kan!

0 views0 comments