• Syaziyah Md Sharif

Korang Suka 'Scroll' TikTok Dan Minum Starbucks? Korang Kena Cuba #TikTokDrink Ini!

Jom cuba minuman terbaru Starbucks sempena musim cuti ini!




Starbucks Malaysia mengajak peminatnya untuk mengekspresikan diri mereka dengan

minuman dan cabaran baru mereka di TikTok #TikTokDrink !


Cabaran ini adalah untuk memupuk dan menggalakkan kreativiti 'content creator' dan pelanggan tempatan untuk mempamerkan seni dan personaliti mereka. Pada masa yang sama, Starbucks Malaysia juga telah bekerjasama dengan TikTok Malaysia untuk melancarkan dua daripada minuman popularnya tetapi dengan sentuhan bahan berasaskan tumbuhan.


Walaupun minuman trendy di aplikasi TikTok menggunakan bahan tenusu, Starbucks Malaysia telah membuat sedikit kelainan dengan menggunakan alternatif berasaskan tumbuhan dengan memilih bahan bukan tenusu untuk whipped cream dan susu.


Purple Summer #TikTokDrink dan Upside Down Honey #TikTokDrink akan mula dijual di Starbucks Malaysia bermula dari 22 November – 31 Disember 2021.


Purple Summer #TikTokDrink diinspirasikan oleh rona ungu matahari terbenam, minuman ini menggabungkan rasa jus raspberi, susu dan whipped cream berasaskan tumbuhan. Minuman ini direka oleh @sophify_ yang merupakan Barista Starbucks Malaysia sendiri, dan ia menjadi trend di TikTok dengan lebih 50,000 likes dan hampir 500,000 tontonan!

Manakala Upside Down Honey pula adalah minuman frappucino yang disalut dengan sirap madu dan coklat serta whipped cream, yang pastinya akan membuat anda gembira!


Untuk maklumat lanjut kempen ini, sila layari https://starbucks.com.my/


13 views0 comments